Sejarah


Yahoo! bermula sebagai hobi dan telah mula berkembang sebagai salah satu jenama global terkenal di seluruh dunia yang telah mengubah cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain di alam maya, carian maklumat dan sebagainya. 

Yahoo! merupakan sebuah syarikat perdana media digital. Dua pengasas Yahoo! iaitu Jerry Yang dan David Filo, pelajar PhD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Stanford, memulakan minat mereka dalam internet di dalam treler kampus pada bulan Februari tahun 1994. Mereka berdua telah mewujudkan internet portal sebagai projek tesis mereka yang bermula dengan nama "Jerry's Guide to the World Wide Web".

Selepas itu mereka bersepakat mengubah nama asal kepada nama yang baru dikenali sebagai Yahoo! bermaksud "Yet Another Hierarchical Officious Oracle". Jerry Yang dan David Filo memilih nama Yahoo! kerana mereka suka definisi menyeluruh Yahoo! iaitu "rude, unsophisticated, uncouth". Yahoo! pertama dilancarkan pada komputer kepunyaan Jerry yang bernama "Akebono", manakala perisian pula pada komputer David yang bernama "Konishiki". Kedua-dua nama tersebut diambil bersempena nama lagenda ahli sumo yang terkenal.

Mereka berdua menyedari bahawa semakin ramai pengguna yang mengakses portal mereka. Perkara ini berlanjutan sehingga membentuk satu komuniti internet yang akrab. Yahoo! meraikan hari menerima lawatan (hit) sejuta sehari pada musim luruh tahun 1994. Hit ini hampir 100 ribut pelawat atau pengguna. Memandangkan sambutan begitu menggalakkan, pengasas Yahoo! menyedari akan potensi dan peluang ini dalam perniagaan.

Pada tahun 1995, Jerry dan David mendaftarkan perniagaan mereka dan bertemu dengan beberapa orang pelabur modal di Silicon Valley. Mereka bersepakat memilih Sequoia Capital yang merupakan sebuah firma yang dianggap paling berjaya dalam pelaburan di Apple Computer, Atari, Oracle dan Cisco Systems. Firma ini bersetuju untuk membiayai Yahoo! pada bulan April 1995 dengan pelaburan awal sebanyak hampir AS$ 2 juta.

Menyedari syarikat baru mereka mempunya potensi untuk berkembang dengan cepat, Jerry dan David mula mencari dan menubuhkan pasukan pengurusan. Mereka melantik Tim Koogle sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang merupakan veteran Motorola dan ahli alumni Kejuruteraan Universiti Stanford. Jeffrey Mallet pengasas Novell WordPerfect juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi. Mereka memperoleh pelaburan tambahan pada tahun 1995 daripada pelabur Reuters Ltd dan Softbank. Yahoo! melancarkan IPO pada April 1996 dengan jumlah pekerja seramai 49 orang.

Pada masa sekarang, Yahoo! Inc. adalah peneraju komunikasi internet dan media global yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 345 juta individu setiap bulan di seluruh dunia. Sebagai peneraju dalam enjin carian internet dalam web www.yahoo.com adalah sebagai panduan utama dari segi trafik, pengiklanan dan perniagaan. Yahoo! merupakan jenama internet nombor satu didunia dan mempunyai capaian kepada pengguna yang besar di seluruh dunia.

Yahoo! juga menyediakan perniagaan dalam talian dan perkhidmatan perusahaan yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan web pelanggan. Perkhidmatan ini termasuk Yahoo! Korporat, perusahaan popular disesuaikan dengan portal, streaming audio dan video, store hosting dan pengurusan, dan Web Site Tools dan services.