Yahoo! Inc adalah sebuah syarikat multinasional Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Sunnyvale, California, Amerika Syarikat. Yahoo! dikenali oleh orang ramai sebagai laman web enjin carian (Yahoo! Search), Yahoo! Directory, Yahoo! Mail, Yahoo! News, Yahoo! Groups, Yahoo! Answers, advertising, online mapping (Yahoo! Maps), video sharing (Yahoo! Video), and social media websites dan services. Yahoo! adalah salah satu laman web yang terbesar di Amerika Syarikat. [1]
Pengasas Yahoo! adalah Jerry Yang dan David Filo pada bulan Januari 19994. Kemudian telah diperbadankan pada 1 Mac 1995. Pada 13 Januari 2009, Yahoo! telah melantik Carol Bartz, bekas Pengerusi Eksekutif Autodesk, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dan ahli lembaga pengarah. [2] Seterusnya pada 6 September 2011, Bartz telah dilucutkan jawatan di Yahoo! oleh pengerusi Roy Bostock melalui telefon dan Ketua Pegawai Kewangan Tim Morse telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim Syarikat. [3][4].
Menurut sumber berita kira-kira 700 juta orang melawat laman web Yahoo! setiap bulan [5][6]. Syarikat ini juga menyediakan perniagaan dalam talian dan perkhidmatan perusahaan yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan web pelanggan. Web rangkaian global syarikat ini mempunyai 25 World properties dan ibu pejabat di Sunnyvale, California. Selain itu Yahoo! juga mempunyai cawangan pejabat di Eropah, Asia, Amerika Larin, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat. [7]
Sumber
1. Quantcast.com
2. Rob Hof (2009). "Confirmed: Carol Bartz Named Yahoo CEO: Can She Turn It Around?".
3. http://allthingsd.com/20110906/exclusive-carol-bartz-out-at-yahoo-cfo-interim-ceo/
4. "Yahoo fires CEO after tumultuous tenure". The Sydney Morning Herald. 2011-09-07
5. http://www.usatoday.com/tech/news/story/2011-11-07/yahoo-strategy/51115612/1
6. http://www.cbc.ca/news/technology/story/2011/10/20/cppib-yahoo-microsoft.html
7. http://docs.yahoo.com/info/misc/history.html